Kemboja Gantung Penerbangan dari Malaysia, Indonesia

2020-07-26 15:09:29  CRI
Share with:

Kemboja menggantung penerbangan masuk dari Malaysia dan Indonesia bermula 1 Ogos bagi mencegah kes import COVID-19.

Menteri Kesihatan Kemboja, Morm Bunheng semalam memaklumkan, seramai 108 orang penumpang penerbangan dari Malaysia dan Indonesia disahkan positif COVID-19 pada 20 Jun hingga 25 Julai.

Sebanyak 23 kes import COVID-19 dilaporkan di Kemboja semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 225, antaranya 143 telah sembuh.

张哲