Filipina Nekad Atasi Wabak, Pulihkan Ekonomi

2020-07-28 13:48:13  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyampaikan perutusan negara buat kali kelima dalam penggalnya di Manila semalam.

Beliau telah membentangkan pendekatan bagi melawan wabak COVID-19 dan merangsang pembangunan ekonomi, menjelaskan tugas-tugas kerajaan berhubung diplomasi, pembangunan sosial, teknologi komunikasi dan jaminan sosial, sekali gus menyimpulkan pelaksanaan komitmen pilihan rayanya.

Setakat semalam, 82,040 kes positif telah dilaporkan di Filipina, dengan 1,945 daripadanya maut. Langkah-langkah yang diambil kerajaan dipercayai berjaya mengurangkan jumlah jangkitan sebanyak 1.3 juta hingga 3.5 juta.

Walaupun mengalami tamparan mendadak, Filipina tetap optimistik terhadap ekonomi domestik. Kini, pembangunan infrastruktur telah disambung semula, terutamanya projek-projek kerjasama dengan China. Selain itu, Filipina juga akan membantu memulihkan kegiatan perniagaan, khususnya yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana.

高蕾