Kabinet Singapura Angkat Sumpah

2020-07-28 13:03:48  CRI
Share with:

Kabinet baharu Singapura yang diketuai oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengangkat sumpah dalam satu upacara petang semalam.

Lee Hsien Loong berkata, kabinet baharu ini akan sedaya upaya membantu rakyat menangani kesukaran hidup dan mencari peluang baharu bagi memulihkan ekonomi negara dengan secepat mungkin.

Ujarnya, penularan COVID-19 telah mempengaruhi pembangunan sosioekonomi, membawa cabaran kepada mata pencarian dan hidup rakyat. Kerajaan akan mengutamakan pengambilan pekerja, bagaimanapun beberapa industri seperti pembinaan masih memerlukan sedikit masa sebelum boleh menyambung semula operasi atas pertimbangan terhadap kesihatan pekerja.

Untuk merealisasikan pembangunan jangka panjang, Singapura perlu meneroka lebih banyak bidang dan memperbanyak peluang kerja bagi membantu syarikat dan pekerja yang terperangkap dalam kesukaran beralih ke bidang-bidang baharu.

高蕾