Li Keqiang Ucap Tahniah kepada Lee Hsien Loong

2020-07-28 13:14:59  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang hari ini mengutus kawat tahniah kepada Lee Hsien Loong yang sekali lagi terpilih sebagai Perdana Menteri Singapura.

Li Keqiang menyatakan, atas pimpinan Lee Hsien Loong, Singapura telah mengekalkan momentum perkembangan ekonomi yang baik untuk sekian lama. Berhadapan wabak COVID-19, kerajaan Singapura telah mengambil langkah-langkah ketat yang memastikan keberkesanan kerja pencegahan dan kawalan, membolehkan sosioekonomi makin pulih.

Katanya, China dan Singapura jiran yang baik, dan China amat mementingkan hubungan dengan Singapura. Beliau bersedia bersama-sama Lee Hsien Loong mendorong kerjasama dalam membendung wabak serta pembangunan melibatkan pelbagai bidang, terus memperkasakan pembinaan bersama Jalur dan Laluan, dan melonjakkan hubungan bilateral ke tahap lebih tinggi sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik.

曹捷