Han Zheng Ucap Tahniah kepada TPM Singapura

2020-07-28 18:00:04  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng hari ini mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Heng Swee Keat yang sekali lagi terpilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Han Zheng menyatakan, China dan Singapura telah mencapai hasil signifikan dalam usaha melawan wabak COVID-19 dan mendorong penyambungan semula pengeluaran. Sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik, beliau bersedia mengoptimumkan peranaan mekanisme kerjasama bilateral dan melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

高蕾