China, ASEAN Diharap Muktamadkan CoC

2020-07-29 13:05:45  CRI
Share with:

China dan ASEAN diharap menggalakkan pemuktamadan Kod Tata Laku (CoC) di Laut China Selatan yang boleh ditaati bersama semua pihak terbabit, ujar jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin semalam.

Susulan ucapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo yang mendakwa perairan berkenaan bukan "empayar laut" China, Wang berkata, China sentiasa melaksanakan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), tidak pernah memperluas tuntutan kedaulatan, dan komited merungkai perselisihan sesama jiran menerusi rundingan dengan menghormati fakta sejarah.

AS yang tidak terlibat dalam isu Laut China Selatan malah bukan antara pemeterai UNCLOS, sengaja menyemai benih pertelingkahan dan berniat mencari jalan baharu untuk menyekat pembangunan China.

高蕾