China Lantang Sokong Multilateralisme

2020-07-30 13:15:47  CRI
Share with:

Empat saranan yang diketengahkan Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya pada Sidang Tahunan ke-5 Lembaga Gabenor Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) secara maya kelmarin, dianggap memperlihatkan sokongan lantang negara ini terhadap multilateralisme.

Saranan yang dibuat berlatarbelakangkan wabak COVID-19 dan situasi ekonomi antarabangsa yang sukar dan rumit, juga dikatakan gambaran keberanian dan sikap bertanggungjawab China selaku sebuah negara besar.

Profesor undang-undang ekonomi dan kewangan Universiti Kaherah, Waleed Gaballah berkata ucapan Presiden Xi sekali lagi menekankan peri pentingnya multilateralisme dan pembangunan bersama, yang dipercayai akan terus mendorong kerjasama dan pembangunan antarabangsa.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, tiga agensi penarafan terkenal iaitu Standard & Poor's, Moody dan Fitch masing-masing memberi taraf kredit 3A kepada AIIB, setaraf dengan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

China yang sentiasa menegakkan multilateralisme, mahu membangun bersama-sama semua negara lain dengan semangat terbuka, bekerjasama dan saling untung. Sebagai pemegang saham utama dan tuan rumah ibu pejabat AIIB, China akan terus berusaha bersama-sama dengan anggota lain, menjadikan AIIB sebagai platform untuk melaksanakan multilateralisme, mendorong penaiktarafan infrastruktur dan kesalinghubungan rantau Asia bahkan dunia, memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pemulihan ekonomi dan pembangunan lestari sejagat serta menyuntik penggerak baharu kepada pembentukan komuniti berkongsi sesama insan.

Sewaktu berucap pada perasmian sidang berkenaan Selasa lalu, Presiden Xi menyarankan supaya AIIB dibangunkan sebagai bank pembangunan multilateral baharu yang mampu mendorong pembangunan bersama di peringkat global, platform pembangunan dan praktik yang selaras dengan arus zaman, agensi kerjasama antarabangsa model baharu dengan mengamalkan standard dan kualiti tinggi, dan teladan baharu bagi kerjasama multilateral.

曹捷