Ikatan China-AS, Asas Kemakmuran Asia

2020-07-30 13:27:00  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS) yang seterusnya diharap dapat memantapkan ikatan dengan China, kerana hubungan kedua-dua negara dianggap asas bagi kestabilan dan kemakmuran Asia pada jangka panjang.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata demikian dalam telesidang kumpulan pemikir AS, Majlis Atlantik kelmarin, sambil menyatakan harapannya supaya pemimpin baharu itu menyusun dasar luar yang dwipartian, stabil dan boleh dijangka.

Katanya, biar siapa pun yang terpilih sebagai presiden, Singapura mahu melihat hubungan AS dengan China kekal stabil. Dua parti utama AS iaitu Parti Republikan dan Parti Demokratik hendaklah mencapai persepakatan mengenai dasar terhadap Asia, dan memastikan kemapanan hubungan dengan negara-negara di rantau ini.

Menyentuh isu Huawei, Hsien Loong berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan syarikat itu akan terlibat dalam pembangunan jaringan 5G di Singapura, walaupun pembekal telekomunikasi tempatan masih belum mengikat kerjasama dengan syarikat tersebut. 

高蕾