Naib PM China, TPM Singapura Berbual Telefon

2020-07-31 13:42:22  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng menghubungi Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat menerusi telefon hari ini.

Beliau berkata, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mencapai persepakatan baharu tentang ikatan bilateral dan kerjasama melawan COVID-19.

Tahun ini ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik China-Singapura. Kerjasama melawan wabak telah menjadi satu titik baharu dalam hubungan dua negara, juga teladan baik di peringkat rantau dan antarabangsa.

China bersedia mengintensifkan saling belajar, memanfaatkan wahana kerjasama, di samping mengalu-alukan keterlibatan Singapura dalam strategi pembangunan tempatan.

Heng Swee Keat berkata, pihaknya bersedia memperhebat penyelarasan dengan China, mempercepat transformasi struktur ekonomi, dan bersama-sama menangani cabaran seperti wabak COVID-19.

高蕾