Wang Yi: Fokuskan Sinergi Lawan Wabak, Pembangunan

2020-07-31 12:59:13  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah mengadakan pertemuan secara telesidang dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi semalam.

Wang berkata, pada fasa seterusnya dalam kerjasama Asia Timur, tema utamanya haruslah berfokus kepada solidariti, usaha melawan wabak COVID-19 dan pembangunan bersama.

Beliau berharap China dan ASEAN dapat bersama-sama mendorong kerjasama Asia Timur. Untuk itu, kedua-dua pihak disarankan menubuhkan pusat simpanan bekalan perubatan kecemasan 10+3 dan membentuk sebuah komuniti kesihatan bersama, menggalakkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN (MPAC), serta mengintensifkan sinergi dalam industri-industri maritim.

Selain itu, pihak terbabit juga diharap memanfaatkan momentum sempena ulang tahun ke-30 ikatan dialog China-ASEAN untuk memperkukuh kedudukan strategik hubungan dua hala, di samping membuat persiapan bagi siri mesyuarat pemimpin Asia Timur.

高蕾