Sebuah kapal karam di perairan sekitar pulau Koh Samui, selatan Thailand semalam, mengakibatkan tiga maut dan dua lagi hilang.
Media tempatan melaporkan, sebuah feri kargo yang bertolak dari pelabuhan Koh Samui tenggelam di perairan 2 batu laut sekitarnya, susulan ribut kencang dan ombak tinggi. Kerja mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan selepas isyarat kecemasan diterima dari feri tersebut.
Difahamkan, 11 daripada 16 anak kapal feri itu telah diselamatkan, mayat tiga lagi telah ditemui, manakala dua masih hilang.