China Bina Ekonomi Dwikitaran

2020-08-04 14:16:43  CRI
Share with:

Kementerian Perdagangan China telah membuat satu tinjauan baru-baru ini. Menurut keputusan itu, sebanyak 99.1% syarikat modal asing menzahirkan hasrat untuk terus melabur di negara ini. Ini bukan sahaja kerana daya tahan dan potensi yang dimiliki ekonomi negara ini, malah ruang pembangunan baharu yang terus-menerus diteroka hinggakan menyuntik keyakinan terhadap seluruh dunia.

Mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang diadakan beberapa hari lalu menegaskan bahawa kebanyakan masalah yang dihadapi China adalah masalah jangka sederhana dan panjang, maka mesti dipandang dari perspektif sama. Usaha harus dilakukan untuk mempercepat pembentukan sebuah pola pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, di samping kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan. 'Dwikitaran' yang telah menjadi istilah ekonomi hangat pada masa ini, akan memberi bimbingan strategik kepada pembangunan ekonomi China, dan pasti akan membantu China memperluas ruang pembangunan kelak.

Antaranya 'mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama' menandakan bahawa China akan memberi tumpuan di dalam negeri dan terus memperluas permintaan domestik. Namun ini tidak bermaksud China akan menutup pintu.

Manakala 'kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan' pula bukan sahaja akan menjana ekonomi China yang terbuka ke arah berkualiti lebih tinggi, bahkan menstabilkan rantai perindustrian dan bekalan global, serta membawa lebih banyak faedah kepada ekonomi dunia.

Berdepan impak COVID-19, pembentukan pola dwikitaran tersebut akan menjadi satu titik cerah bagi ekonomi dunia, justeru menyangkal juga dakwaan sesetengah politikus negara lain yang menyebut syarikat asing berhasrat untuk berundur dari pasaran China. Pembentukannya turut akan menyuntik keyakinan dan motivasi kepada syarikat-syarikat modal asing yang sedang bergelut kesulitan.

胡星