Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Pergunungan Garze 2020

2020-08-04 08:08:20  CRI
Share with:

Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Pergunungan Garze 2020_fororder_garze0804a

 

Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Pergunungan Garze 2020 telah diadakan di kaunti Litang, mukim Garze, provinsi Sichuan pada 29 hingga 31 Julai lalu.

Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Pergunungan Garze 2020_fororder_garze0804b

 

Naib Setiausaha Parti Komunis China bagi mukin Garze merangkap ketua mukim, Xiao Youcai berucap merasmikan pesta pelancongan pada majlis perasmian. Beliau turut mengumumkan bahawa sidang tahunan 2021 akan diadakan di kaunti Garze. Pengarah Pusat Keselamatan dan Kebajikan Kuda Kebangsaan, Bai Xu menyampaikan papan 'sistem perlumbaan kuda bangsa China' kepada kaunti Litang.

 

Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Pergunungan Garze 2020_fororder_garze0804c

Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Pergunungan Garze ialah satu temasya yang dianjurkan bersama oleh kerajaan mukin Garze dan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan provinsi Sichuan. Pesta ini telah diadakan dengan jayanya sebanyak empat kali dan kini telah menjadi satu simbol Garze malah terkenal di luar negara.

 

Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Pergunungan Garze 2020_fororder_garze0804d

Sempena pesta selama tiga hari ini, pelbagai acara diadakan termasuklah majlis perasmian, taridra Tsangyang Gyatso, sidang kemuncak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Himalaya, sidang kemuncak kebudayaan pergunungan, sidang kemuncak kebudayaan puisi, pertunjukan ekuestrian dan lain-lain.

Selain diadakan di venue utama di kaunti Litang, 15 acara sampingan juga diadakan di tempat-tempat lain di mukim Garze termasuk kaunti Daocheng, kaunti Yajiang, kaunti Xiangcheng, kaunti Kangding, kaunti Garze dan lain-lain.

王瑾