Sebanyak 1,922 kes COVID-19 baharu dilaporkan di Indonesia semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya 115,056. Pada hari sama, 86 lagi kematian akibat wabak itu direkodkan.
Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, angka kematian mencatat 5,388 pada keseluruhannya, manakala 72,050 orang telah sembuh.