Ekonomi Indonesia Menguncup 5.32%

2020-08-06 11:39:36  CRI
Share with:

Ekonomi Indonesia menguncup sebanyak 5.32% pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data yang diumumkan Badan Pusat Statistik (BPS) negara itu semalam.

Ini kali pertama sejak 1999 ekonomi Indonesia merekodkan penguncupan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua BPS, Dr. Suhariyanto mengatakan bahawa penggunaan dan kegiatan komersial terjejas serius akibat wabak COVID-19, membawa kepada prestasi corot pada suku kedua. Pihaknya akan mengambil tindakan untuk memacu penggunaan dan pelaburan demi merangsang pemulihan dan pertumbuhan ekonomi pada beberapa suku tahun akan datang.

覃淼