Sikap Filipina berkaitan Laut China Selatan Dipuji

2020-08-06 14:53:48  CRI
Share with:

Kenyataan terkini pihak Filipina berhubung isu Laut China Selatan sekali lagi mencerminkan dasar luar yang bebas yang diamalkan negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyatakan demikian semalam ketika mengulas sikap positif yang ditunjukkan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.

Katanya, pendirian Filipina memperlihatkan aspirasi bersama negara-negara di rantau ini untuk mewujudkan kedamaian dan pembangunan, dan turut membuktikan cubaan pihak luar untuk menimbulkan huru-hara dan ketegangan di Laut China Selatan tidak akan diterima oleh negara-negara serantau.

Sebelum ini, Lorenzana mengatakan bahawa Filipina tidak akan menyertai latihan ketenteraan yang dianjurkan negara-negara lain di Laut China Selatan, mengikut arahan Presiden Rodrigo Duterte. Ini bagi mengelakkan situasi di perairan berkenaan menjadi lebih tegang.

Beliau menambah bahawa Filipina komited merungkai percanggahan menerusi saluran yang damai dan sah, dan mahu memupuk persahabatan lebih erat dengan China. Kedua-dua negara telah banyak bekerjasama dalam pencegahan dan kawalan wabak, serta urusan kemanusiaan dan ketenteraan. Pertukaran dalam pelbagai bidang dipercayai akan beransur-ansur pulih pasca wabak.

Wang Wenbin berkata, China berkeyakinan untuk bersama-sama negara-negara serantau memerangi wabak dan memelihara trend perkembangan yang baik demi kesejahteraan rakyat.

徐国玮