Wang Yi, Hishammuddin Hubung melalui Telefon

2020-08-06 14:20:07  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi berhubung dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui telefon semalam.

Wang Yi menyatakan, China  dan Malaysia telah berjaya membendung pandemik COVID-19 dan menggalakkan pemulihan sosioekonomi, ini antara hasil kerjasama dan sokongan antara satu sama lain. Pada setengah pertama tahun ini, pelaburan China ke Malaysia serta pengeksportan Malaysia ke China menyaksikan peningkatan, dan ini menunjukkan kedinamikan dan kesalinglengkapan kerjasama kedua-dua negara. Kedua-dua pihak harus membincangkan pemulihan interaksi pelbagai peringkat, membina 'laluan pantas' dua hala dan kawasan tertentu, menggalakkan kerjasama 'laluan hijau' serta menjamin kelicinan rantai industri dan bekalan.

Hishammuddin pula menyatakan, Malaysia amat mementingkan hubungan baik dengan China, dan kerjasama kedua-dua negara jauh melampaui aspek geopolitik. Malaysia menghargai kerjasama kedua-dua negara dalam pembangunan vaksin, dan bersedia memberi isyarat positif mengenai kerjasama dan perpaduan kedua-dua negara kepada seluruh dunia.

胡星