Demam Denggi Ragut 20 Nyawa di Singapura

2020-08-06 14:20:59  CRI
Share with:

Singapura telah merekodkan lebih 1,000 kes baharu demam denggi setiap minggu untuk lapan minggu berturut-turut setakat Selasa lalu.

Data terkini Agensi Alam Sekitar Negara (NEA) semalam menunjukkan sebanyak 22,403 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Singapura pada tahun ini, melebihi rekod tertinggi pada tahun 2013 iaitu 22,170 kes.

Media tempatan melaporkan setakat 2 Ogos, demam denggi telah meragut 20 nyawa di negara itu tahun ini. Singapura menyaksikan jumlah kematian akibat denggi yang paling banyak pada tahun 2005, dengan 25 maut.

胡星