Kenapa Dasar LCS Duterte Lain Sangat Berbeza dengan Benigno Aquino III?

2020-08-06 12:00:14  CRI
Share with:

Kenapa Dasar LCS Duterte Lain Sangat Berbeza denganBenigno Aquino III?_fororder_timg

Tahukah anda, baru-baru ini Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengarahkan tentera Filipina untuk tarik diri daripada apa jua latihan ketenteraan bersama dengan negara-negara lain di Laut China Selatan (LCS)?

Tapi, apakah sebab-sebabnya?

Beliau memberikan alasan bahawa ia adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan negara dan mengelakkan negara itu daripada ketegangan situasi serantau.

Yang agak mengejutkan, arahan yang dikeluarkan Duterte tersebut akan berkuatkuasa untuk satu jangka masa yang panjang.

Jadi, mari kita lihat apakah percaturan disebalik arahan mengejut ini.

Pada seminggu yang lalu, ketika dua kapal induk dari Amerika Syarikat dan sejumlah besar kapal perang dari Jepun, Australia dan negara-negara lain mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran di LCS, Duterte bertegas bahawa tentera AS tidak mungkin kembali ke pangkalan di Teluk Subic atas rasional ia akan menghancurkan negara-negara terlibat sekiranya perang tercetus.

Kenapa pendekatan kerajaan Duterte lain sangat berbeza dengan kerajaan Benigno Aquino III?

Mudah. Sebabnya beliau sedar AS hanya mahu menggunakan Filipina dan beberapa negara yang lain sebagai senjata bagi menghancurkan China.

Duterte juga sedar, bukan sahaja situasi di LCS kini haru-biru, malah Filipina juga tidak mendapat sebarang faedah selain hubungan yang buruk dengan China.

Bak kata George Santayana, “Those who forget the past, are condemn to repeat it”.

Mungkin Duterte faham dan ingat sejarah tentang penjajahan dan pembunuhan besar-besaran AS di negara itu yang sekali gus membuatkan beliau mengambil langkah drastik berkenaan.

Tak dinafikan, memang wujudnya pertikaian antara China dan Filipina di LCS. Malah, ada juga kapal Filipina yang ‘parkir’ sebuah terumbu China dengan alasan “terkandas”.

Walaupun ia sudah lebih 20 tahun, China tidak pernah menggunakan kuasa tentera untuk usir atau hancurkan kapal tersebut.

Bahkan, bekalan untuk askar dalam kapal tersebut sebenarnya juga diizinkan oleh China atas faktor kemanusiaan.

Tatkala hubungan China-Filipina menjadi paling tegang ekoran timbang tara yang berat sebelah dikemukakan kerajaan Benigno Aquino III dengan hasutan AS, China langsung tidak mengambil tindakan terhadap kapal mendarat tersebut.

Begitu juga pelantar minyak dan gas pelbagai negara terbabit yang sedia ada di kawasan pertikaian.

Maknanya, ini mencerminkan bahawa meskipun pertikaian berada dalam jangka panjang, tapi China sebenarnya masih mempunyai toleransi dan bersedia menjaga hubungan baik dengan pelbagai negara jiran.

Mungkin buat masa ini agak sukar untuk mencari jalan penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak, tapi kita boleh mengetepikannya dulu kerana faedah bersama dan kerjasama kita jauh lebih besar berbanding pertikaian di LCS.

张弘