Syarikat Usahasama Pelabuhan Kyaukpyu Ditubuhkan

2020-08-07 14:51:27  CRI
Share with:

Syarikat Usahasama Pelabuhan Kyaukpyu Ditubuhkan_fororder_myanmar

Pentadbiran Pelaburan dan Syarikat (DICA) Myanmar telah meluluskan penubuhan syarikat usahasama projek pelabuhan air dalam di Zon Ekonomi Khas Kyaukpyu, yang menandakan satu kemajuan besar bagi zon berkenaan di bawah kerjasama China-Myanmar.

Projek Kyaukpyu merupakan komponen penting dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta Koridor Ekonomi China-Myanmar. Pada 8 November 2018, perjanjian kerangka bagi pembinaan pelabuhan air dalam tersebut dimeterai secara rasmi di Naypyidaw. Meskipun terkesan akibat wabak COVID-19, kedua-dua pihak terus bekerjasama untuk menggalakkan proses pendaftaran usaha sama terbabit, menyediakan asas kukuh bagi pembinaan dan operasinya kelak.

胡星