Kereta Api China-Vietnam, Wadah Dagangan Baharu

2020-08-07 14:53:30  CRI
Share with:

Pada April lalu, pelabuhan darat Pingxiang yang terletak di wilayah Guangxi ditetapkan sebagai satu lagi pintu masuk ke China bagi buah-buahan yang diimport dari Asia Tenggara.

Sejak itu, Pusat Pengangkutan Darat Nanning giat mempromosikan urusan pengangkutan langsung melalui kereta api kepada syarikat penjual buah-buahan.

Setakat semalam, sebanyak 16 ribu tan buah-buahan telah diangkut oleh kereta api rentas sempadan China-Vietnam.

Difahamkan, semakin banyak syarikat memilih laluan kereta api ketika menghantar barang-barang dari Asia Tenggara ke China. Selain buah-buahan, kargo lain yang diangkut termasuk produk elektronik dan barang-barang kegunaan seharian.

Setakat hujung Julai, Kumpulan Kereta Api Nanning telah melakukan 96 larian kereta api berkenaan, meningkat 36% berbanding tempoh sama tahun lalu. Kategori barangan yang diangkut juga kian banyak, termasuk makanan laut yang dibeku, buah-buahan dari Asia Tenggara, keluli, produk elektronik dan lain-lain.

胡星