Singapura Selesai Saring Pekerja Asing di Asrama

2020-08-07 14:52:33  CRI
Share with:

Singapura Selesai Saring Pekerja Asing di Asrama_fororder_singapura

Kementerian Kesihatan Singapura akan menyelesaikan saringan COVID-19 terhadap semua pekerja asing yang tinggal di asrama hari ini.

Menurut pengumuman kumpulan kerja antara jabatan kerajaan Singapura semalam, 90% pekerja asing dijangka dapat kembali bekerja sebelum hujung bulan ini dan lebih banyak projek pembinaan akan disambung semula.

Ini bermakna kesemua asrama pekerja asing akan diklasifikasikan sebagai selamat, kecuali beberapa bangunan kediaman yang khusus digunakan untuk tujuan kuarantin.

Kumpulan kerja tersebut meramalkan jumlah kes baharu akan berkurang ketara menjelang pertengahan bulan ini, selepas pekerja asing yang tinggal di asrama selesai disaring.

Setakat tengah hari semalam, jumlah jangkitan COVID-19 di Singapura mencatat 54,555, antaranya 51,635 merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama dan 850 lagi yang tinggal di tempat lain, menduduki 96% daripada keseluruhan kes jangkitan.

Difahamkan, terdapat kira-kira 330,000 pekerja asing yang menghuni asrama di seluruh Singapura.

胡星