Xi Utus Kawat Tahniah kepada Halimah Yacob

2020-08-09 15:04:34  CRI
Share with:

Presdien China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Presiden Singapura, Halimah Yacob sempena ulang tahun ke-55 penubuhan Republik Singapura hari ini.

Xi menyatakan bahawa China memuji Singapura yang menempuh satu jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri hingga melakar hasil cemerlang dalam 55 tahun lalu. Hubungan China dan Singapura berkembang sesuai dengan senario semasa. Kerjasama dalam pelbagai sektor diintensifkan, khususnya pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah mencapai kejayaan besar. Kerjasama pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 antara kedua-dua negara ini antara teladan penting.

Beliau menegaskan, China mementingkan hubungan dengan Singapura dan komited melonjakkan hubungan dua hala ke satu tahap lebih tinggi sempena ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura pada tahun ini.

覃淼