Li Keqiang Utus Kawat Tahniah kepada Lee Hsien Loong

2020-08-09 15:05:37  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong sempena ulang tahun ke-55 penubuhan Republik Singapura hari ini.

Li Keqiang menyatakan bahawa di bawah pimpinan kerajaan, rakyat Singapura berusaha bersungguh-sungguh hingga mencapai pembangunan yang menakjubkan. Tahun ini ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura. Kedua-dua negara menggembleng tenaga dalam mencegah penularan wabak COVID-19, menggalakkan pemulihan semula kegiatan pengeluaran, selain mewujudkan kerjasama dalam sektor baharu. Hubungan perkongsian stragegik kedua-dua negara ini diyakini akan melakar hasil cemerlang pada masa depan

覃淼