Wang Yi Utus Kawat Tahniah kepada Vivian Balakrishnan

2020-08-09 15:55:21  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat tahniah kepada Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan sempena ulang tahun ke-55 penubuhan Republik Singapura.

Wang Yi dalam kawat itu menyatakan, sejak penubuhan republik itu pada 55  tahun yang lalu, kedudukan Singapura terus ditingkatkan dan memainkan peranan kian penting dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa kerana perpaduan dan bakti seluruh rakyat. Sempena ulang tahun ke-30 ikatan diplomatik China-Singapura, beliau bersedia berusaha bersama dengan rakan sejawatnya dari negara itu, mempergiat kerjasama pragmatik kedua-dua negara dalam normal baharu, di samping meningkatkan penyelarasan dan koordinasi pelbagai hala dan menggalakkan hubungan dua hala dan hubungan China-ASEAN meningkat ke tahap lebih tinggi.

胡星