Sekatan Politikus AS Sia-sia Sahaja

2020-08-09 15:54:20  CRI
Share with:

Jabatan Perbendeharaan Amerika Syarikat (AS) mengumunkan akan mengenakan sekatan terhadap beberapa pegawai kerajaan China yang berkhidmat dalam jabatan berkaitan urusan Hong Kong serta pegawai-pegawai kerajaan tempatan Hong Kong. Ini satu lagi tindakan campur tangan dalam urusan Hong Kong dan hal ehwal dalaman China dengan alasan 'kebebasan' susulan kelulusan 'Akta Autonomi Hong Kong'. Yang sudah menjadi jelas bahawa tidak mustahil politikus AS benar-benar mengambil berat hak dan kepentingan serta kebebasan penduduk Hong Kong, niat sebenar mereka adalah untuk menyokong pemprotes yang ingin menjejaskan ketenteraman Hong Kong dan sistem 'satu negara, dua sistem' bagi menghalang pembangnunan China.

Sejak Undang-undang Keselamatan mengenai Hong Kong diperkenalkan, sesetengah politikus AS mengugut akan mengenakan sekatan ke atas pegawai China. Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Carrie Lam Cheng Yuet-ngor pernah menyatakan, beliau tiada aset di AS dan tidak mengidam untuk pergi ke AS. Sebagai respons kepada sekatan AS tersebut, Ketua Pejabat Perhubungan Kerajaan Pusat ke Hong Kong, Luo Huining menyatakan, 'saya tidak mempunyai sebarang aset di negara luar, sekatan tidak bermakna sama sekali'. Tambahnya, beliau boleh mengirim 100 dolar kepada Presiden Trump untuk dibekukan.

Sebaliknya, mereka yang disenaraikan dalam sekatan itu telah berbakti untuk Hong Kong dan tanah air. Mereka sedang menjalankan misi memelihara keselamatan serta hak dan kepentingan 1.4 bilion warga China, termasuk 7.5 juta penduduk Hong Kong.

胡星