Kemboja Kawal Ketat Kes Import COVID-19

2020-08-10 14:12:47  CRI
Share with:

Kemboja Kawal Ketat Kes Import COVID-19

Kementerian Kesihatan Kemboja semalam melaporkan dua kes import baharu COVID-19. Dengan ini, bilangan kes positif kini mencatat 248 di serata negara itu, dan 217 daripadanya telah sembuh.

Meskipun tekanan untuk mengawal kes import semakin meningkat dalam tempoh dua bulan lalu, tetapi negara itu masih berusaha menggalakkan pemulihan semula operasi ekonomi dan kehidupan rakyat setelah kerja-kerja mencegah dan mengawal wabak menjadi rutin dewasa ini.

Sejak 1 Ogos, Kemboja telah menghentikan penerbangan dari Malaysia dan Indonesia buat sementara waktu.

Sebelum ini, kerajaan juga memutuskan menangguhkan percutian umum sempena tahun baharu tradisional yang dijadualkan pada April kepada 17 hingga 21 Ogos.

Kementerian Pelancongan sedang membincangkan pakej diskaun hotel mewah bagi memacu pemulihan pasaran pelancongan domestik.

周乔西