Main Isu Taiwan, Buruk Padahnya

2020-08-11 12:53:19  CRI
Share with:

 

Beijing membantah sekerasnya lawatan Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia (HHS) AS, Alex Azar ke Taiwan serta pertemuan empat mata dengan pemimpin provinsi itu.

Seperti diketahui umum, prinsip “satu China” asas politik hubungan China-AS. Berdasarkan tiga Pengumuman Bersama dua negara, kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah yang diiktiraf AS. Dalam konteks ini, hubungan antara Washington dengan Taiwan hanya membabitkan pelaksanaan aktiviti budaya, perniagaan dan lain-lain. Beijing sentiasa menolak sekeras-kerasnya hubungan rasmi antara dua pihak tersebut.

Nampaknya begitu jelas bahawa lawatan pegawai kanan AS itu yang dilakukan atas alasan kolaborasi dalam membendung wabak COVID-19, sebenarnya menunjukkan kemahuan Washington untuk mengukuhkan hubungan dengan Taiwan, sekali gus memberi sokongan padu kepada cubaan “kemerdekaan Taiwan”. Mesej yang dibawa Azar daripada kerajaan AS pula memaparkan niat sesetengah politikus negara itu mempromosikan populariti mereka menjelang pilihan raya.

Isu Taiwan bersangkut paut dengan kepentingan teras China, malah merupakan yang paling sensitif dalam hubungan China-AS. Cubaan politikus AS memainkan isu Taiwan pasti akan menyebabkan ketegangan antara Washington dengan Beijing bertambah runcing, sehingga mengundang unsur tidak menentu kepada hubungan dua hala. Politikus AS mesti berhenti melakukan tindakan provokatif membabitkan kedaulatan dan keutuhan wilayah China, dan jangan memandang rendah iltizam negara ini dalam mempertahankan keselamatan dan kepentingan pembangunan sendiri.

董筱娉