Ekonomi Singapura Junam 13.2% Suku Kedua

2020-08-11 14:21:08  CRI
Share with:

Ekonomi Singapura menjunam pada kadar 13.2% pada suku kedua tahun ini, yang bermakna negara itu merekodkan penyusutan 6.7% bagi separuh tahun pertama.

Menteri Perdagangan dan Industri Chan Chun Sing dalam sidang media hari ini berkata, ekonomi Singapura teruk terkesan akibat wabak COVID-19. Maka, adalah amat perlu untuk membina sebuah ekonomi baharu dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan buat rakyat.

Tambah beliau, tiga perkara perlu diutamakan dalam membuka jalan baharu, iaitu menghidupkan semula ekonomi secara selamat dan mampan, membantu syarikat dan kakitangan menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu ini, dan mewujudkan suasana ekonomi makro yang kondusif bagi perusahaan.

张哲