Ketenteraman, Kerjasama, Aspirasi Bersama

2020-08-12 12:36:03  CRI
Share with:
Kenyataan para menteri negara-negara ASEAN sekali lagi menunjukkan sudah menjadi aspirasi bersama serta tuntutan mendesak semua negara di rantau ini termasuk China, untuk mengekalkan ketenteraman, memacu pembangunan dan menggalakkan kerjasama.
 
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan bersama menteri-menteri luar ASEAN yang menekankan peri pentingnya menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
 
Dalam taklimat media semalam, Zhao menzahirkan kesediaan China memperdalam interaksi dan dialog dengan ASEAN, menambah baik struktur kerjasama serantau, serta menyokong multilateralisme dan globalisasi.
 
Katanya, usaha membendung wabak dan menjana pembangunan dua perkara yang paling diutamakan antara pelbagai cabaran yang didepani seluruh rantau bahkan dunia dewasa ini.
周乔西