AS Makin Dipulau Sekutu

2020-08-13 12:15:40  CRI
Share with:

Oleh sebab sangat tidak puas hati dengan cubaan Amerika Syarikat (AS) mencampuri pembaharuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jerman dan Perancis baru-baru ini menolak rundingan Kumpulan Tujuh (G7) berhubung revolusi WHO tersebut.

Di bawah desakan AS, G7 telah mengadakan hampir 20 pusingan rundingan berkaitan pembaharuan WHO menerusi telefon, mengambil masa selama empat bulan lalu.

Pada hakikatnya, ketidakpuasan hati negara-negara Eropah termasuk Jerman dan Perancis terhadap AS telah wujud sejak sekian lama. Selepas tercetusnya penularan pandemik COVID-19 di seluruh pelosok dunia, politikus AS berulang kali tidak mempedulikan amaran awal dikeluarkan China dan WHO, sehingga menyebabkan pemerebakan wabak tidak terkawal di dalam negeri. Sebaliknya, mereka sibuk mencari jalan untuk mempolitikkan pandemik dan mengambinghitamkan pihak lain.

Daripada mengugut “memotong dana” kepada WHO pada mula-mulanya, hinggalah menarik diri dari pertubuhan itu secara rasmi pada akhirnya, tingkah laku AS seperti ini telah mengundang kritikan dan kecaman masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara sekutu tradisionalnya sendiri.

Tindakan kerajaan Donald Trump yang memaksa WHO menjalankan pembaharuan berkenaan dewasa ini ternyatalah bertujuan untuk mengalihkan perhatian khalayak terhadap kelalaian dan ketidakcekapan negaranya dalam membendung wabak, dianggap satu persiapan untuk pilihan raya yang dijadualkan pada 3 November depan.

Tanggapan AS tersebut juga bertelagah dengan pendirian negara-negara sekutunya yang menjunjung prinsip multilateralisme untuk mengatasi cabaran global.

周乔西