Lawatan Azar ke Taiwan Undang Kritikan

2020-08-14 12:55:06  CRI
Share with:

Lawatan Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia Amerika Syarikat (AS), Alex Azar ke Taiwan umpama sebuah “melodrama” yang diperagakan negara itu dengan pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP).

Majlis Thailand bagi Promosi Kedamaian dan Penyatuan Semula China membuat kecaman keras demikian dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu mengkritik Azar selaku pegawai yang bertanggungjawab menjamin hak dan kepentingan kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat negaranya tidak memimpin perjuangan menewaskan pandemik COVID-19 di dalam negeri, sebaliknya berbual-bual dengan pemimpin DPP, Tsai Ing-wen untuk menghasut aktiviti pemisahan Taiwan daripada tanah air China. Perbuatan AS seperti ini boleh dikatakan satu musibah bagi rakyat AS dan penduduk Taiwan.

Majlis itu turut memberi amaran kepada pihak berkuasa DPP bahawa lawatan Azar ke Taiwan hanyalah modus operandi yang selalu dimainkan segelintir politikus AS, bertujuan untuk mengalihkan perhatian khalayak terhadap penularan wabak yang tidak terkawal serta konflik perkauman yang semakin meruncing di negara itu.

周乔西