Navarro Buat Lagi Kenyataan Mengejutkan

2020-08-15 14:24:00  CRI
Share with:

AS akan pulih dengan lebih pantas daripada pandemik COVID-19 jika rakyatnya mengalihkan emosi negatif kepada China, kata Peter Navarro dalam temu bual bersama FOX News baru-baru ini.

Kenyataan yang dibuat pengarah perdagangan Rumah Putih itu mengejutkan para penonton, malah juruacara program berkenaan.

Pada masa ini, kes jangkitan COVID-19 di AS sudah melepasi 5 juta dengan meragut 162.8 ribu nyawa. Penularan wabak yang teruk serta pilihan raya presiden yang makin hampir dianggap sebab utama Peter Navarro bersandiwara di hadapan khalayak demi laba politik.

Solidariti masyarakat antarabangsa, gesaan yang lantang disuarakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus sejak wabak COVID-19 mula tercetus. Namun, perkara ini sentiasa diambil ringan sesetengah politikus AS, kerana mereka asyik mengambinghitamkan pihak lain dan menghasut konfrontasi semata-mata demi kepentingan sendiri.

张哲