Yang Bijak Takkan Tinggalkan Pasaran China

2020-08-16 14:37:24  CRI
Share with:

China tetap dipandang sebagai pasaran utama oleh perusahaan AS, meskipun sesetengah politikus menghasut syarikat negara itu berpindah dari China.

Menurut keputusan tinjauan pendapat yang dikeluarkan Majlis Perniagaan AS-China baru-baru ini, 83% syarikat AS memandang China sebagai pasaran paling penting atau antara lima pasaran utama di dunia. Sementara itu, 75% syarikat akan mengekalkan atau menambah peruntukan terhadap urus niaga di China. Respons itu memang sejajar dengan kenyataan Menteri Perdagangan China, Zhong Shan dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG), iaitu “peniaga asing yang bijak pasti takkan meninggalkan China”.

Kemuluran ekonomi dan daya tarikan pasaran China dapat dilihat dengan nyata melalui siri statistik terkini, antaranya penggunaan sebenar modal asing yang mencecah RMB63.5 bilion pada bulan Julai, iaitu meningkat 15.8% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Apabila berhadapan dengan impak besar akibat wabak COVID-19, adalah tidak selaras dengan hukum komersial sekiranya syarikat multinasional berundur dari China. Sebaliknya, usaha menambah pelaburan di China barulah pilihan yang bijak. Hal ini demikian bukan sahaja kerana lebih banyak peluang akan disediakan berkat dasar keterbukaan yang konsisten di China, tetapi juga dengan suasana perniagaan yang akan terus dioptimumkan. 

张哲