Makin Mantap Dagangan China, Makin Licin Rantai Global

2020-08-16 15:29:11  CRI
Share with:

Perdagangan China-Jerman sedang pulih dengan pantas, menyaksikan kereta api kargo yang menghubungkan China dan Eropah kini berulang-alik antara Duisburg dengan bandar-bandar China sebanyak 45 hingga 60 kali setiap minggu.

Walaupun pandemik COVID-19 masih menular di seluruh dunia, namun jumlah pengangkutan kargo menerusi perkhidmatan rangkaian rel yang merentasi benua Eurasia itu tetap merekodkan peningkatan dua digit dalam tempoh lima bulan berturut-turut.

Inilah satu contoh yang membuktikan dagangan luar China dapat menyumbang kepada kelancaran rantai industri sejagat.

Dewan Negara China baru-baru ini telah mengumumkan skim pemantapan dagangan luar yang membabitkan 15 tindakan terperinci bagi memastikan rantai industri dan bekalan kekal stabil, antaranya termasuk meningkatkan sokongan kepada sektor pempamer, monetari, percukaian dan insurans, membantu perusahaan yang menembusi pasaran antarabangsa, laluan pantas dibuka untuk memudahkan aliran peniaga rentas sempadan, dan modal asing digalakkan menyasarkan industri berteknologi tinggi.

Inisiatif tersebut diyakini akan menawarkan lebih banyak sokongan dan jaminan bagi syarikat dagangan luar, khususnya untuk mengurangkan kos operasi serta meneroka format dan model pembangunan baharu.

周乔西