Wang Yi Utus Tahniah kepada Retno Marsudi

2020-08-17 14:33:06  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi sempena ulang tahun ke-75 Republik Indonesia.

Wang Yi menyatakan, di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping dan Presiden Joko Widodo, perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara berkembang stabil, kerjasama dalam pelbagai bidang terus diintensifkan, manakala interaksi dan koordinasi dalam urusan antarabangsa amat erat.

Beliau menyatakan kesediaan untuk bersama-sama Retno Marsudi melaksanakan konsensus yang tercapai antara pemimpin kedua-dua negara, mempertingkat kesalingpercayaan politik, memperhebat kerjasama dalam melawan wabak COVID-19, merancakkan sinergi membangunkan Jalur dan Laluan, sekali gus melakar kemajuan baharu dalam hubungan bilateral.

曹捷