Ayam Terlepas, Tangan Bau Tahi

2020-08-18 15:13:39  CRI
Share with:

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo telah membawa pula "virus politiknya" ke Republik Czech, Slovenia, Austria and Poland sewaktu lawatan di empat negara Eropah itu baru-baru ini.

Sama seperti pada kunjungan-kunjungan lalu, kali ini juga dia terus menyebarkan khabar angin yang memfitnah kerajaan China, menggembar-gemburkan "ancaman China", mencari subahat untuk memulaukan China, dan mencari jalan untuk mencetuskan satu Perang Dingin baharu.

Bagaimanapun, Eropah yang telah menyaksikan perbuatan Washington yang melukai dan mengeksploitasi negara sekutu, tiada hasrat menjadi batu tempat berpijak bagi agenda "utamakan AS".

Ketika syarikat 5G China didakwa "mengancam" keselamatan negara, Perdana Menteri Republik Czech Andrej Babis membalas bahawa pihaknya tidak melihat sebarang ancaman yang diperkatakan. Menteri Luar Austria Alexander Schallenberg pula menyatakan dasar negaranya bertujuan menubuhkan sistem maklumat yang boleh dipercayai, bukanlah untuk menyekat sesuatu perusahaan. Nyata sekali, rasa saling percaya strategik antara AS dengan Eropah Timur dan Tengah tidak kukuh.

Pompeo haruslah beringat, negara-negara di rantau tersebut mangsa terbesar Perang Dingin antara AS dengan Kesatuan Soviet. Perubahan drastik sistem politik telah membawa pergolakan dan perpecahan dalam negara, serta kemunduran pembangunan. Rakyat rantau itu tidak ingin melihat berulangnya sejarah, sebaliknya menanti-nantikan kerjasama pelbagai hala.

Dalam sepanjang lipatan sejarah, tidak wujudnya konflik geopolitik antara Eropah Timur dan Tengah dengan China. Realitinya ialah kedua-dua pihak mengekalkan kerjasama erat dari segi sumber, teknologi dan pasaran. Kini sudah menjadi konsensus di Eropah bahawa “China ialah rakan kongsi bukannya lawan, dan suatu peluang bukannya ancaman”.

Ayam terlepas, tangan bau tahi. Demikianlah kesudahan yang menanti politikus seperti Pompeo seandainya mereka terus menyebarkan dusta dan menghasut konfrontasi semata-mata demi kepentingan sendiri. 

高蕾