Indonesia Rai Hari Kebangsaan ke-75

2020-08-18 13:26:36  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Indonesia, Xiao Qian merakamkan ucapan tahniah dalam bahasa Indonesia sempena Hari Kebangsaan ke-75 republik itu, di samping menyanyikan lagu rakyat "Bengawan Solo" demi kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat. Rakaman kata tahniah dan video muzik tersebut telah disiarkan stesen televisyen nasional Indonesia.

Xiao Qian berkata, China bersedia bersama-sama Indonesia mendorong perkongsian strategik komprehensif melonjak ke tahap baharu, supaya negara makmur, rakyat sejahtera dan ikatan persahabatan kekal abadi.

高蕾