Indonesia Batal Perhimpunan Hari Kebangsaan

2020-08-18 15:29:08  CRI
Share with:

17 Ogos tahun ini merupakan ulang tahun ke-75 kemerdekaan Indonesia, namun banyak aktiviti perhimpunan bagi menyambut tarikh penting ini telah dibatalkan ekoran wabak COVID-19, kecuali upacara menaikkan bendera yang tidak disertai ramai.

Menurut taklimat Kementerian Kesihatan Indonesia, sebanyak 1,821 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu 141,370. Kes kematian pula mencatat 6,207.

Pada masa ini, Indonesia telah merekodkan paling banyak kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara.

 

张宪