COVID-19: Singapura Umum Bantuan SGD8 bilion

2020-08-18 13:30:49  CRI
Share with:

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat semalam mengumumkan pakej bantuan berjumlah SGD8 bilion (RM24.5 bilion) bagi fasa selanjutnya dalam perjuangan melawan wabak COVID-19.

Katanya, walaupun situasi wabak dalam negeri sudah terkawal dan kegiatan ekonomi beransur-ansur pulih, namun keadaan ekonomi global tetap lemah. Untuk itu, pihaknya akan memantapkan ekonomi domestik dengan mencipta lebih banyak peluang kerja, membantu sektor yang teruk terkesan serta meneroka bidang dan peluang baharu.

Setakat 17 Ogos, sebanyak 55,838 kes positif dilaporkan di Singapura, antaranya 52,350 sudah sembuh dan 27 maut.

高蕾