Dua Fasa Bina Pusat Dagang Digital China-ASEAN

2020-08-19 14:22:47  CRI
Share with:

Guangxi akan mendorong pembangunan pangkalan kluster syarikat perdagangan digital, wahana perdagangan komoditi pukal, dan rantai industri perdagangan mekatronik untuk menyuntik daya inovatif kepada pembangunan ekonomi berkualiti.

Menurut pelan pelaksanaan Pusat Perdagangan Digital China-ASEAN yang diumumkan pada taklimat di Nanning semalam, sebanyak empat pangkalan, lima platform perkhidmatan dan enam rantai industri akan dibina menerusi dua fasa, dengan pelaburan sebanyak RMB25 bilion (RM15 bilion).

高蕾