Kerana Pulut Santan Binasa

2020-08-20 14:49:34  CRI
Share with:

Kerana pulut santan binasa… kerana setiausaha negaranya lancang mulut, AS sendirilah yang akan mendapat celaka pada akhirnya.

Terbaharu, Mike Pompeo bertegas bahawa Jabatan Perdagangan AS akan memperketat lagi sekatan terhadap Huawei bagi menghalang akses syarikat itu kepada teknologinya, selain memasukkan 38 subsidiari Huawei di 21 negara dalam “senarai entiti”. Ini bukan sahaja menjejaskan rantai industri, rantai bekalan dan rantai nilai sejagat, malah melukai kepentingan dan imej negara AS sendiri.

Tindakan keras Washington terhadap syarikat China dewasa ini, seperti biasa tujuannya untuk mengekalkan monopoli AS dalam bidang teknologi tinggi. Satu lagi matlamat, untuk mengalihkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang gagal membendung wabak, dan menyelamatkan kredibiliti politik yang kini di ambang keruntuhan. Jelaslah, ada pertimbangan politik yang mendesak menjelang pilihan raya akan datang.

Biar niaga dengan niaga, biar politik dengan politik; inilah seruan bersama syarikat multinasional di serata dunia. Mereka seperti Pompeo yang mempolitikkan isu ekonomi dan perdagangan untuk kepentingan sendiri, malahan mahu menyebarkan “faham McCarthy” dalam bidang komersial, merugikan kepentingan syarikat-syarikat sejagat termasuk syarikat China dan AS.

Mereka ini haruslah sedar status negara gergasi bukannya dipertahankan dengan cara sedemikian, dan pembangunan serta kemajuan sains dan teknologi China mustahil terhenti kerana tekanan luar.

曹捷