Bai Tian Beri Ceramah di PUSPAHANAS

2020-08-21 18:46:26  CRI
Share with:

Bai Tian Beri Ceramah di PUSPAHANAS_fororder_6451502a-8ade-490a-ae88-42d40e9a9ac9

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian kelmarin menyampaikan ceramah tentang hubungan China-Malaysia dan situasi antarabangsa, atas undangan Maktab Ketahanan Nasional kendalian Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Bai Tian Beri Ceramah di PUSPAHANAS_fororder_7904693daeeb472a9358edaa2e3e6012

Ketika menyebut tentang rasa saling percaya politik dan strategik antara kedua-dua negara, Bai Tian berkata memang tidak boleh dinafikan bahawa China dan Malaysia mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza dalam isu Laut China Selatan, namun sentiasa berusaha merungkai percanggahan secara rasional seperti dua sahabat. Inilah yang membolehkan hubungan bilateral berkembang secara stabil. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, China dan Malaysia telah mencapai konsensus mengenai pendekatan yang sewajarnya bagi mengendalikan isu Laut China Selatan.

Bai Tian Beri Ceramah di PUSPAHANAS_fororder_11a33887d3b74eee9627548201fd44f3

Tegasnya, kini sesetengah negara dari luar rantau mengambil peluang untuk menghasut percanggahan antara negara-negara di rantau ini demi tujuan politik mereka sendiri. China dan Malaysia perlu berwaspada akan hal sedemikian, terus berusaha untuk memuktamadkan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan dengan seawal mungkin, meneroka kerjasama maritim, serta menjaga ketenteraman di perairan berkenaan.

 

张宪