Yang Jiechi Temu Lee Hsien Loong

2020-08-21 12:30:25  CRI
Share with:

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bertemu dengan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi di pejabat presiden Singapura semalam.

Yang, juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC, berkata hubungan China dan Singapura berada pada satu titik permulaan baharu dalam sejarah, genap tiga dekad sejak ikatan diplomatik dijalin. China bersedia bersama-sama Singapura terus membendung wabak COVID-19, mengintensifkan pembangunan Jalur dan Laluan, membina saluran baharu bagi perdagangan darat dan laut serta memperluas sinergi membabitkan inovasi.

Katanya, China mahu seiringan dengan Singapura dan negara-negara ASEAN lain untuk memperdalam kesalingpercayaan strategik dan kerjasama pragmatik serta melindungi globalisasi ekonomi dan keadilan antarabangsa, sehingga memberi sumbangan baharu kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau bahkan dunia.

Lee Hsien Loong pula menyatakan pihaknya bersedia mengeratkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memanfaatkan mekanisme kerjasama bilateral, memajukan hubungan ASEAN-China, di samping mendorong pemulihan ekonomi serantau dan dunia.

Dalam tempoh lawatan di Singapura, Yang juga mengatur pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat,  Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Luar Vivian Balakrishnan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan bilateral dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

张宪