PM Li akan Hadir Telesidang Pemimpin LMC

2020-08-22 14:37:12  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri sidang pemimpin ke-3 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang diadakan secara maya pada 24 Ogos, maklum jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Zhao berkata, Li Keqiang akan bersama-sama rakan sejawatnya dari negara pengerusi Laos, Thongloun Sisoulith untuk mempengerusikan telesidang kali ini. Yang turut hadir Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Presiden Myanmar, U Win Myint, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc.

Zhao menegaskan, China memberi perhatian tinggi terhadap sidang kali ini, PM Li akan bersama-sama pemimpin pelbagai negara terlibat untuk membincangkan rancangan kerjasama komprehensif untuk masa depan terutamanya dalam bidang sumber air, kesalinghubungan dan kesihatan awam demi kesejahteraan rakyat pelbagai negara dan keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau.

张宪