Varian COVID-19 Akibatkan Jangkitan Ringan

2020-08-23 14:52:41  CRI
Share with:

Kumpulan penyelidik di Singapura berjaya menemui varian atau jenis baharu COVID-19 yang mengakibatkan jangkitan kurang serius. Penemuan itu berpotensi untuk pembangunan vaksin dan kaedah rawatan lebih berkesan bagi pesakit COVID-19.

Menurut laporan jurnal perubatan The Lancet, ahli penyelidik dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan institut lain telah membuat analisis perbandingan terhadap sampel yang ditemui di Singapura dari 22 Januari hingga 21 Mac lalu.

Antara 131 orang pesakit berkenaan, 92 orang dijangkit virus asal, 29 orang dijangkiti varian koronavirus, dan 10 lagi dijangkiti kedua-duanya.

Berbanding pesakit jangkitan virus asal, pesakit jangkitan varian virus menunjukkan simpom lebih ringan.

高蕾