China Sedia Kongsi Maklumat Hidrologi Sungai Lancang

2020-08-24 14:11:53  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menghadiri Sidang Pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-3 hari ini menyatakan enam negara di lembangan sungai tersebut sebuah komuniti yang bukan sahaja berkongsi air malah juga nasib.

Sejak mekanisme LMC dibentuk lebih empat tahun lalu, sinergi negara-negara berkenaan membabitkan sumber air terus-menerus dipacu.

Tegasnya, hak dan kepentingan negara-negara terbabit dalam penerokaan dan penggunaan sumber air harus dihormati, dan keprihatinan masing-masing patut dijaga dengan baik. China bersedia menghulurkan bantuan semampu boleh kepada negara-negara berkaitan dalam penggunaan sumber air.

Bermula tahun ini, China akan berkongsi maklumat hidrologi sungai Lancang sepanjang tahun, sambil bersama-sama membina platform perkongsian maklumat kerjasama sumber air Lancang-Mekong demi menangani perubahan iklim dan bencana alam seperti banjir dan kemarau.

Beliau juga menyarankan agar sidang peringkat menteri berhubung kerjasama sumber air diadakan secara berkala. Pelan Tindakan Kerjasama Sumber Air Lancang-Mekong Lima Tahun (2018-2022) perlu dilaksanakan, bagi meningkatkan kemampuan mengurus sumber air di sungai tersebut.

胡星