Menteri Kesihatan Malaysia Saran Lanjut PKPP

2020-08-24 13:22:17  CRI
Share with:

Menteri Kesihatan Malaysia Saran Lanjut PKPP_fororder_Malaysia1

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melanjutkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), yang dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini sehingga keadaan lebih terkawal.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, saranan itu berikutan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan wabak COVID-19 akan berlarutan untuk tempoh tidak kurang dua tahun.

Menteri Kesihatan Malaysia Saran Lanjut PKPP_fororder_Malaysia2

Bagi membendung penularan wabak tersebut, Malaysia telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara bermula pada 18 Mac. Berikutan situasi wabak semakin terkawal, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPP pada 10 Jun hingga 31 Ogos. Dalam tempoh pelaksanaannya, kebanyakan kegiatan sosioekonomi boleh disambung semula dengan prasyarat langkah-langkah pencegahan wabak dipatuhi.

覃淼