Wang Yi: Lonjakkan Hubungan China-Vietnam

2020-08-24 14:00:00  CRI
Share with:

Wang Yi: Lonjakkan Hubungan China-Vietnam_fororder_wangyi3

Wang Yi: Lonjakkan Hubungan China-Vietnam_fororder_wangyi1

Menteri Luar China, Wang Yi dan Naib Perdana Menteri Vietnam, Pham Binh Minh bersama-sama menyertai acara memperingati ulang tahun ke-20 penyempadanan wilayah darat dan ulang tahun ke-10 penetapan batu penanda di sempadan kedua-dua negara, di Dongxing, wilayah Guangxi semalam.

Wang Yi berkata, sejak hubungan diplomatik dipulihkan, kedua-dua negara berjaya menyelesaikan isu sempadan melalui dialog dan rundingan selepas perbincangan selama sembilan tahun, yang membawa kepada penandatanganan Perjanjian Sempadan Darat China-Vietnam. Atas usaha bersama kedua-dua pihak, garisan sempadan darat China-Vietnam yang sepanjang 1,450 kilometer telah menjadi platform penting dalam menggalakkan pembangunan bersama kedua-dua negara.

Pham Binh Minh menyatakan, parti, kerajaan dan rakyat Vietnam sentiasa bersedia memelihara hubungan rakan kerjasama strategik dengan China, meningkatkan kerjasama dalam ekonomi dan perdagangan serta pelancongan, memajukan infrastruktur, dan terus menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang ke tahap lebih tinggi.

胡星