Waspada Penyakit 'Egoisme Vaksin'

2020-08-25 14:54:03  CRI
Share with:

Waspada Penyakit 'Egoisme Vaksin'_fororder_微信图片_20200825143329

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menegah 'nasionalisme vaksin' sambil mengingatkan bahawa bekalan vaksin yang begitu terhad mesti dikongsi secara strategik, selaras dengan kepentingan semua negara di dunia.

Ketua pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus baru-baru ini meluahkan kebimbangan akan perbuatan sesetengah negara menyorokkan vaksin yang berpotensi, menyebabkan negara-negara lain tidak dapat memperolehnya.

Lebih teruk lagi, ada politikus di Amerika Syarikat (AS) tanpa segan silu menunjukkan 'egoism vaksin', yang mengganggu malah merosakkan kerjasama sejagat membendung wabak COVID-19.

Dewasa ini, politikus AS yang pemikirannya hanya mengenal mainan campur-tolak sengaja mempolitikkan isu vaksin, menyelar China dengan pelbagai tuduhan tidak berasas, malahan cuba mengeksploitasi kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan vaksin untuk mengaut keuntungan. Menurut majalah Science, kerajaan AS telah menandatangani perjanjian dengan beberapa syarikat farmaseutikal untuk membeli vaksin yang bernilai lebih USD6 bilion (RM24.7 bilion).

Waspada Penyakit 'Egoisme Vaksin'_fororder_微信图片_20200825143344

Melihat kepada keterukan penularan COVID-19 di AS, jelaslah negara itu amat memerlukan vaksinnya. Namun, negara-negara membangun yang mewakili majoriti populasi dunia berdepan kekangan lebih besar dari segi sumber kesihatan awam. Majalah The Ecologist Britain dalam ulasannya baru-baru ini menyatakan, saingan beberapa negara termasuk AS untuk memperoleh calon vaksin akan banyak mengurangkan bekalan yang dapat disediakan kepada golongan-golongan paling memerlukan di negara-negara miskin, malah mengancam usaha melawan wabak di dunia. 

Ketika merasmikan sesi ke-73 Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara maya pada Mei lalu, Presiden China Xi Jinping telah berikrar untuk menawarkan vaksin yang dihasilkan negara ini sebagai produk awam dunia, bagi memastikan negara-negara membangun boleh mendapat akses dan menanggung kos penggunaannya. Komitmen ini mendapat sahutan meluas daripada negara-negara membangun terutamanya di benua Afrika.

Waspada Penyakit 'Egoisme Vaksin'_fororder_微信图片_20200825143337

Pengagihan vaksin secara adil dan saksama bukanlah tugas yang boleh digalas sesebuah negara sahaja, dan lebih banyak negara khususnya yang berstatus maju perlu memikul tanggungjawab yang sewajarnya.

Seperti yang diujarkan Tedros sendiri, jika dunia ini hendak pulih dengan lebih cepat, semua negara mestilah pulih bersama-sama.

徐国玮